BIG GAME

Sunday, June 17, 2018

PENGENALAN CATATAN UNTUK KELUARGA P.HUSIN+GAYAH



Berikutan dari pesanan ringkas dari anak saudara saya Yan Bahar, berikut adalah notice yang saya terima......

31/05/2018, 06:25 - PH Yan Bahar:
Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan bahawa akan diadakan majlis “Sambutan Hari Raya Keluarga Pawang Husin”. Ini termasok Keluarga Besar kita “ Keluarga Gayah / Dolmat “ . Majlis itu akan diadakan

1.Tarikh dan Waktu.
          Hari Raya Kedua Sabtu 16hb Jun 2018
          900 pagi- 1230 tengahari.
2. Tempat
          Perkarangan Masjid Assyakirin Gadek.
          Diakhiri dengan tahlil Arwah dan Solat Zohor.
          Akan diadakan jamuan ringan dan penyampaian hadiah dan saguhati.
3. Objektif perjumpaan 
          Mengiratkan Silaturrahim
          Pengenalan Salasilah Pawang Husin dan keluarga Gayah Dolmat.
          Kemaskini maklumat dan database keluarga. 

4. Wakil Pemaklum - Untuk memudahkan logistic dan hubungan wakil wakil dibawah dilantik mewakili keluarga masing masing.
  • Keluarga Baba - Sariah Atan , Norsham Osman dan Jamilah Abu Adam. 
  • Keluarga Saemah- Noormah Wahab Singapura.
  • Keluarga Mongot- Aziz Ahmad , Wahid Harun.
  • Keluarga Ali - Kamaruzzaman Mohd Shah. 
  • Keluarga Munah- Yan Anak Maimoon. 
  • Keluarga Md Jan - Isnin menantu Pisah. Sharif Md Jan
5. Tugas asas wakil sub keluarga.
  • Menghubungi setiap ahli keluarga yang diwakili untuk hadhir kemajlis. 
  • Memberi anggaran bilangan ahli keluarga yang akan hadhir bagi tujuan logistic. 
  • Follow up kehadhiran ahli keluarga 
  • Kemaskini maklumat dan data base keluarga.
( saya akan hantar salasilah keluarga apabila saya kemaskinikan). Saya selaku wakil keluarga Gayah dan bagi pihak penganjur iaitu Ipar saya Salem Kasim dan anaknya Azlan Salem merayu semuga dapat memberi kerjasama supaya dapat hadhir kemajlis murni yang diadakan kelak untuk mengiratkan silaturrahim dan sama sama merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Sila kemukakan sebarang cadangan atau soalan kepada saya. Wakil wakil akan di update dari masa ke masa. Beritahu sekiranya diperlukan tambahan wakil.
Terima kaseh.


Dari: Hj Zainal Md Shah

 Saya dan ayah beserta keluarga telah sampai di lokasi jam 9.45 pg...... ketika itu masih
 tidak ramai yang tiba...... setelah hampir dua jam berikutnya nampak jelaslah bahawa keluar
 Gayah dan Pawang Husin berkembang ramai zuriatnya... hampir 200 orang yang hadir....
Saya adalah generasi ke 4..... dari padangan dan maklumat yang saya perolehi..... sudah
ada generasi ke 6....mungkin juga ke 7 dan ke 8....memandangkan ada wakil generasi ke 3 
belum sampai.......... Ayah saya adalah generasi ke 3.... beliau sekarang ini sudah berusia 
87 tahun.....maka sudah semestinya generasi ke 2 sudah tiada lagi.......mereka adalah:-
     -Majid 
          -Baba
          -Saerah
          -Mongot
          -Ali
          -Munah
          -Md Jan
Nama-nama di atas mungkin nama panggilan atau yang betul..... kalau dilihat nama Mongot
mungkin itu nama sebutan harian begitu juga Munah atau Maimunah... tetapi itu semua
boleh digunapakai kerana zaman mereka pendaftaran kelahiran tidak berkuatkuasa...sebab
mereka lahir jauh sebelum merdeka....mengikut perkiraan saya hayat nenek Gayah selama
120 tahun....40+- dahulu......Tahun 2018 tolak 160 tahun menunjukan tahun lahir Nenek
Gayah adalah sekitar 1858 iaitu 26 tahun selepas Perang Naning.......
Salam pengenalan.....
Catitan- Ayah 5 duduk dari kanan, Saya 1st berdiri barisan ketiga

No comments: