Photo ini terjumpa di celah-celah timbunan gambar yang tersimpan lama dalam kotak. Kotak yang aku anggap sebagai pusaka kerjaya aku tidak boleh dihilangkan justeru itu inisiatif diambil untuk menyimpannya di alam maya.
Kami warga Ulu Tembeling tahun 1979 hingga 1981 mempunyai aktiviti yang dirancang khas dikalangan kami. Kunjung-mengunjungi antara satu sama menjadi agenda sepanjang berkhidmat di sana.
Gugusan sekolah-sekolah di dalam kawasan Ulu Tembilang adalah terdiri dari hulu SK Bukit Mat Daling - ulu sungai Tembeling, SK Gusai - Ulu sungai Gusai, SK Kg Bantal - Kuala sungai Gusai dan SK Kuala Sat yang di hilir sungai Tembeling. Keempat-empat sekolah ini mempunyai guru-guru yang berasal dari luar Negeri Pahang seperti dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Johor. Kami ni sememangnya di postingkan ke sini.
Setiap minggu kami akan berkumpul di satu sekolah yang dipilih mengikut giliran. Tuan rumah akan merancang aktiviti sukan, keagamaan dan bertukar-tukar pengalaman. Tempat penginapan adalah di rumah guru yang disediakan.
Kelihatan di dalam gambar di atas, itulah rumah guru SK Bukit Mat Daling. Barisan guru-guru yang muda lela tu memang bersamangat tinggi, kenapa tidaknya ada di antara mereka dalam gambar ini telah pun menjadi wakil rakyat (YB) di kampung sendiri.
Agenda perkumpulan terdiri pertandingan sepak takraw, badminton, karem dan bola sepak menentang pemuda kampung berkenaan. Di malam hari kami berjemaah di abwah pimpinan ustaz dari sekolah-sekolah ahli.
Begitulah sepanjang kami berada di sana bagi mengisi kekosongan yang di hadapi. Keakraban yang terjalinan sememangnya kukuh dan menjadi simbul kekuatan kami kepada penduduk-penduduk kampung. Hai banyak lagi yang nak diceritakan, tunggulah satu persatu gambar yang aku jumpai nanti boleh diceritakan....sambung....

No comments:
Post a Comment