BIG GAME

Saturday, June 23, 2018

IMBAUAN SEKEPING GAMBAR........

           Perjumpaan Keluarga Besar PH dan Nenek Gayah membawa aku menyelongkar album-album lama yang sudah terbiar berabuk...... kerana statusnya aku tidak ambil pusing..... Alhamdulillah hobi photograpi aku sejak tahun 1980 lagi telah merakam banyak images dari zaman film negatif sampailah kezaman digital..... salah satu gambar yang membangkitkan ingat aku ialah terjumpanya gambar ini........ yang membawa ingatan aku ketahun sekitar 85-88 .

Duduk dari kanan: Maklong Empah, Arwah Tok Ali, Isteri Tok Ali
Berdiri dari Kanan: Dzulkifli, Ismail, Faridah, Mohd Zaki, Siti Robiah, Arwah Sinon dan Emak Hj Che Chik
          Emak mengajak aku berziarah ke Keru......katanya untuk melihat bagaimana keadaan kesihatan Tok Ali......  kalau tidak silap masa itu masih lagi dalam bulan syawal... jadi kami pun merancang untuk membuat lawatan ziarah keluarga ke kampung Keru Dalam....Dua kenderaan membawa kami ke kampung berkenaan,....... mereka ialah Emak aku sepupu aku arwah kak sinon anak maklong empah kedua, siti Robiah adik kempat aku, Mohd Zaki adik bungsu aku, Faridah adik ketiga aku, Ismail adik kedua aku dan Dzukifli adik ipar suami kepada Faridah......Arwah Atok Ali terkejut dengan kedatangan kami...... raut wajahnya nampa jelas kegembiraan...... lihat sajalah photo diatas... kegembiraan yang tersirat seribu satu macam diwajah arwah Atok Ali........
          Perjalanan pulang tidaklah mengambil masa yang lama..... kami melalui satu jalan pintas memlalui Kampung Kemuning dan melintasi bawah jalan keretapi Tampin Gemas. Bagi mereka yang tidak pasti jalan ini .....mereka akan melalui Pekan Tampin .....Repah iaitu jalan besar ke Gemas.....
         Aku tertanya-tanya di benakku, arwah cukup seronok berual-bual menanyakan pekerjaan kami dan keluarga kami......anak-anak kami ........ Adakah mungkin kami dari curu MunahBusu pertama saja yang berkunjung ke rumah beliau? Sebelum ini tiada siapa hiraukannya.   Bagaimana pula Atok Ali ini tinggalkan rumahnya di Tobek Gadek, tinggal bersama isteri keduanya selepas Nenek Putih meninggal dunia. Adakah atas kemahuan atok begitu....emmm.......entahlah........jawapan yang tak mahu aku ungkaikan kerana arwah ini adalah abang kepada uwan Munahku......
         Catatan ini aku catatkan kerana usia aku pun sudah 60's.... sedikit-sedikit memori yang ada ini aku kongsikan bersama anak cucu aku yang mahu membacanya,. justeru kalau ada keturunan dari susur galur arwah atok Ali yang membaca catatan ini memikirkan ianya salah......maka perbetulkanlah aku melalui komen dibawah............

Sunday, June 17, 2018

PENGENALAN CATATAN UNTUK KELUARGA P.HUSIN+GAYAH



Berikutan dari pesanan ringkas dari anak saudara saya Yan Bahar, berikut adalah notice yang saya terima......

31/05/2018, 06:25 - PH Yan Bahar:
Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan bahawa akan diadakan majlis “Sambutan Hari Raya Keluarga Pawang Husin”. Ini termasok Keluarga Besar kita “ Keluarga Gayah / Dolmat “ . Majlis itu akan diadakan

1.Tarikh dan Waktu.
          Hari Raya Kedua Sabtu 16hb Jun 2018
          900 pagi- 1230 tengahari.
2. Tempat
          Perkarangan Masjid Assyakirin Gadek.
          Diakhiri dengan tahlil Arwah dan Solat Zohor.
          Akan diadakan jamuan ringan dan penyampaian hadiah dan saguhati.
3. Objektif perjumpaan 
          Mengiratkan Silaturrahim
          Pengenalan Salasilah Pawang Husin dan keluarga Gayah Dolmat.
          Kemaskini maklumat dan database keluarga. 

4. Wakil Pemaklum - Untuk memudahkan logistic dan hubungan wakil wakil dibawah dilantik mewakili keluarga masing masing.
  • Keluarga Baba - Sariah Atan , Norsham Osman dan Jamilah Abu Adam. 
  • Keluarga Saemah- Noormah Wahab Singapura.
  • Keluarga Mongot- Aziz Ahmad , Wahid Harun.
  • Keluarga Ali - Kamaruzzaman Mohd Shah. 
  • Keluarga Munah- Yan Anak Maimoon. 
  • Keluarga Md Jan - Isnin menantu Pisah. Sharif Md Jan
5. Tugas asas wakil sub keluarga.
  • Menghubungi setiap ahli keluarga yang diwakili untuk hadhir kemajlis. 
  • Memberi anggaran bilangan ahli keluarga yang akan hadhir bagi tujuan logistic. 
  • Follow up kehadhiran ahli keluarga 
  • Kemaskini maklumat dan data base keluarga.
( saya akan hantar salasilah keluarga apabila saya kemaskinikan). Saya selaku wakil keluarga Gayah dan bagi pihak penganjur iaitu Ipar saya Salem Kasim dan anaknya Azlan Salem merayu semuga dapat memberi kerjasama supaya dapat hadhir kemajlis murni yang diadakan kelak untuk mengiratkan silaturrahim dan sama sama merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Sila kemukakan sebarang cadangan atau soalan kepada saya. Wakil wakil akan di update dari masa ke masa. Beritahu sekiranya diperlukan tambahan wakil.
Terima kaseh.


Dari: Hj Zainal Md Shah

 Saya dan ayah beserta keluarga telah sampai di lokasi jam 9.45 pg...... ketika itu masih
 tidak ramai yang tiba...... setelah hampir dua jam berikutnya nampak jelaslah bahawa keluar
 Gayah dan Pawang Husin berkembang ramai zuriatnya... hampir 200 orang yang hadir....
Saya adalah generasi ke 4..... dari padangan dan maklumat yang saya perolehi..... sudah
ada generasi ke 6....mungkin juga ke 7 dan ke 8....memandangkan ada wakil generasi ke 3 
belum sampai.......... Ayah saya adalah generasi ke 3.... beliau sekarang ini sudah berusia 
87 tahun.....maka sudah semestinya generasi ke 2 sudah tiada lagi.......mereka adalah:-
     -Majid 
          -Baba
          -Saerah
          -Mongot
          -Ali
          -Munah
          -Md Jan
Nama-nama di atas mungkin nama panggilan atau yang betul..... kalau dilihat nama Mongot
mungkin itu nama sebutan harian begitu juga Munah atau Maimunah... tetapi itu semua
boleh digunapakai kerana zaman mereka pendaftaran kelahiran tidak berkuatkuasa...sebab
mereka lahir jauh sebelum merdeka....mengikut perkiraan saya hayat nenek Gayah selama
120 tahun....40+- dahulu......Tahun 2018 tolak 160 tahun menunjukan tahun lahir Nenek
Gayah adalah sekitar 1858 iaitu 26 tahun selepas Perang Naning.......
Salam pengenalan.....
Catitan- Ayah 5 duduk dari kanan, Saya 1st berdiri barisan ketiga

Monday, July 24, 2017

MENANTI KETENANGAN......

Asm.....
36 tahun yang lepas telah mengimbau kenangan pertama kali menjejakkan kaki di bumi Pahang iaitu pada bulan April 1979. Tarikh keramat ini tetap kekal dalam lipatan sejarah hidup ini. Tarikh dan tempat pertama inilah yang mendewasakan dan membahagiakan kehidupan ini.

Kini menjelang 2016. akan aku labuhkan sauh perkhidmatan selama 37 tahun 4 bulan pada ogos akan datang...... Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2016 akan datang menjadi cukup bermakna di mana bulan tersebut aku menjadi orang awan. Sambutan kemerdekaan 2016 nanti melihatkan aku dah jadi orang awan......... tidak bekerja lagi sebab perkhidmatan anda tidak diperlukan lagi........


Monday, November 10, 2014

BESAR SUDAH ANAK SAUDARAKU....... PILIHAN HATINYA DI KOTA TINGGI

Asm..... telah lama tidak mencatatkan sesuatu di laman ini....... almaklumlah...... sisa-sisa usia makin bertambah dan makin dekat ke alam barzakh...... Dalam pada itu dilihatkan anak-anak saudara semakin dewasa..... Alam dewasa mereka tempuhi dengan alam fantasi yang ingin dinyatakan dalam hidup mereka..... satu demi satu kami lepaskan mereka melayari kehidupan sebagai khalifah di dunia ini..... mereka akan memikul satu tanggongjawab yang besar..... bukan setakat didunia ini sahaja amanah yang dipikul malah yang paling berat sekali adalah amanah yang akan dibawa menghadap Rabbul Jalil..... Sang Pencipta ...... Allah ....

Mohd Qayyum telah mendirikan rumah tangga pada 1.11.2014 dengan pilihan hatinya.... dan baru2 ini 8.11.2014 seorang lagi anak saudara iaitu Mustaqqim betunang dengan pilihan hatinya di kota tinggi.......... tinggal seorang lai anak buah yang seangkatannya......

Friday, August 15, 2014

BANDAR PUSAT JENGKA

Asm.....
Sungguh lama tak menjengok laman blog ini.... Kehilangan rakan photographer dari Gemas membuatkan kami semua amat terasa kehilingannya.... Sudah kurang lebih 3 tahun pemergian beliau......

Saat ini 14 Ogos 2014 di lokasi Bandar Pusat Jengka Pahang sekarang ini di panggil Bandar Tun Abdul Razak , sedikit sebanyak mengimbau ingat saya kepada kumpulan CC9. Satu masa dahulu kumpulan ini sangat aktif dengan aktiviti outing bersama dslr masing-masing.... Bersama-sama sambil bersantai merakam images yang kami setkan .... berfokus dalam aktiviti kami membuatkan ianya suatu outing yang berilmu.... sambil kita terapkan ilmu-ilmu photography dalam suasana harmoni dan perkongsian pengetahuan sesama kami...

Iklim itu telah hilang dengan pemergian beliau. Insan yang tiada erti kesedihan, suka mengusik rakan-rakan kami dan suka berkaroeke masih kami terasa kepanasan usikannya.....

Saya sungguh amat terasa ketika ini apabila melihat kesesakkan di Jengka Sentral maksudnya bazaar belakang stasyen bas.... kerana beliau akan merakam suasana ini dengan d300s dan vr 70-300 nya...Beliau akan minta komen dari saya...... adakalanya saya memperkecilkan kreativitinya dengan maksud saja-saja mengusik. beliau cool dan senyum...