BIG GAME

Friday, August 15, 2014

BANDAR PUSAT JENGKA

Asm.....
Sungguh lama tak menjengok laman blog ini.... Kehilangan rakan photographer dari Gemas membuatkan kami semua amat terasa kehilingannya.... Sudah kurang lebih 3 tahun pemergian beliau......

Saat ini 14 Ogos 2014 di lokasi Bandar Pusat Jengka Pahang sekarang ini di panggil Bandar Tun Abdul Razak , sedikit sebanyak mengimbau ingat saya kepada kumpulan CC9. Satu masa dahulu kumpulan ini sangat aktif dengan aktiviti outing bersama dslr masing-masing.... Bersama-sama sambil bersantai merakam images yang kami setkan .... berfokus dalam aktiviti kami membuatkan ianya suatu outing yang berilmu.... sambil kita terapkan ilmu-ilmu photography dalam suasana harmoni dan perkongsian pengetahuan sesama kami...

Iklim itu telah hilang dengan pemergian beliau. Insan yang tiada erti kesedihan, suka mengusik rakan-rakan kami dan suka berkaroeke masih kami terasa kepanasan usikannya.....

Saya sungguh amat terasa ketika ini apabila melihat kesesakkan di Jengka Sentral maksudnya bazaar belakang stasyen bas.... kerana beliau akan merakam suasana ini dengan d300s dan vr 70-300 nya...Beliau akan minta komen dari saya...... adakalanya saya memperkecilkan kreativitinya dengan maksud saja-saja mengusik. beliau cool dan senyum...

No comments: