BIG GAME

Saturday, June 23, 2018

IMBAUAN SEKEPING GAMBAR........

           Perjumpaan Keluarga Besar PH dan Nenek Gayah membawa aku menyelongkar album-album lama yang sudah terbiar berabuk...... kerana statusnya aku tidak ambil pusing..... Alhamdulillah hobi photograpi aku sejak tahun 1980 lagi telah merakam banyak images dari zaman film negatif sampailah kezaman digital..... salah satu gambar yang membangkitkan ingat aku ialah terjumpanya gambar ini........ yang membawa ingatan aku ketahun sekitar 85-88 .

Duduk dari kanan: Maklong Empah, Arwah Tok Ali, Isteri Tok Ali
Berdiri dari Kanan: Dzulkifli, Ismail, Faridah, Mohd Zaki, Siti Robiah, Arwah Sinon dan Emak Hj Che Chik
          Emak mengajak aku berziarah ke Keru......katanya untuk melihat bagaimana keadaan kesihatan Tok Ali......  kalau tidak silap masa itu masih lagi dalam bulan syawal... jadi kami pun merancang untuk membuat lawatan ziarah keluarga ke kampung Keru Dalam....Dua kenderaan membawa kami ke kampung berkenaan,....... mereka ialah Emak aku sepupu aku arwah kak sinon anak maklong empah kedua, siti Robiah adik kempat aku, Mohd Zaki adik bungsu aku, Faridah adik ketiga aku, Ismail adik kedua aku dan Dzukifli adik ipar suami kepada Faridah......Arwah Atok Ali terkejut dengan kedatangan kami...... raut wajahnya nampa jelas kegembiraan...... lihat sajalah photo diatas... kegembiraan yang tersirat seribu satu macam diwajah arwah Atok Ali........
          Perjalanan pulang tidaklah mengambil masa yang lama..... kami melalui satu jalan pintas memlalui Kampung Kemuning dan melintasi bawah jalan keretapi Tampin Gemas. Bagi mereka yang tidak pasti jalan ini .....mereka akan melalui Pekan Tampin .....Repah iaitu jalan besar ke Gemas.....
         Aku tertanya-tanya di benakku, arwah cukup seronok berual-bual menanyakan pekerjaan kami dan keluarga kami......anak-anak kami ........ Adakah mungkin kami dari curu MunahBusu pertama saja yang berkunjung ke rumah beliau? Sebelum ini tiada siapa hiraukannya.   Bagaimana pula Atok Ali ini tinggalkan rumahnya di Tobek Gadek, tinggal bersama isteri keduanya selepas Nenek Putih meninggal dunia. Adakah atas kemahuan atok begitu....emmm.......entahlah........jawapan yang tak mahu aku ungkaikan kerana arwah ini adalah abang kepada uwan Munahku......
         Catatan ini aku catatkan kerana usia aku pun sudah 60's.... sedikit-sedikit memori yang ada ini aku kongsikan bersama anak cucu aku yang mahu membacanya,. justeru kalau ada keturunan dari susur galur arwah atok Ali yang membaca catatan ini memikirkan ianya salah......maka perbetulkanlah aku melalui komen dibawah............

No comments: