BIG GAME

Wednesday, February 8, 2012

Rod Buluh 1 Ke (Kuala Linggi.........

Asm...... Cukup lama tak bersua....dah setahun lepas ....masa berlalu cukup pantas....seolah-olah masa mengejar kiamat bersemangat sangat..... mungkin kerana desakan dunia yang kian tak tertanggung kepanasan hawa manusia....... yg semakin tidak jelas pandangan mata hati mereka........... Oiii melalut pulak akuniiii..... Aku sebenarnya nak citakan pasal pancinggggg.......hobi lama kembali mekar...semarak .....

Perantaraan Cuti Maulidurasul dan Thaipusam aku mengambil kesempatan ini untuk melabuhkan batu ladung kedasar laut cetek di tepi pantai......... lokasi yang aku pilih kali ini adalah di pantai Kuala Linggi..... ...Biar aku cita sikit tentang perjalanan nak kesana...... Melepasi jambatan Tg Agas...... dari N9 ke Melaka. Sungai Linggi yang memisahkan dua negeri......beradat dan maju jaya...... Pertemuan simpang tiga pasti berjumpa sesudah kita menyusuri laluan tadi..... Di persimpangan T..... ini aku memutar stering kereta ke kanan.........  hala tuju ke Balai Polis Kuala Linggi........yang menempatkan jalan dah ada penghujung ey.....

Pacuan kereta tak perlu laju kerana dalam beberapa minit aku akan membelok ke kiri.......... tapi yang pasti aku mesti menemukan papan tanda AQIQAH........ Pabila bertemu itu aku pung membelokkan stering ke kiri....... dalam menyusuri laluan ini kita akan ketemui dua pasang batu nisan lama......yang aku agak2 aceh punya style ler...entah lah aku ni bukan pakar sangat macam Radzi Shapiee.........berpetualang ke aceh tuuuuuu...........Terus sampai kepantai masih lagi menyusuri laluan sempit sampai ke jalan mati.........dan tempat jalan matu itu pung tempat orang mati.......... Tanah Perkuburan lerrrr.... ha.....kat sini ler lokasi aku memancing.........

Kat sini lerrrr berlaku pergolakan dalam minda, jiwa, perasaan kepada aku. Marah atau tidak............... persoalan yang nak di ketengahkan.......Aku labuhkan batu ladung ke dasar laut cetek pantai...... dan rod ketiga aku nak cuba cara melontar batu ladung..... maklumlah rod lima kaki ...tiga sambung....... tentunya berbeda cara melontor batu ladung.......... lontaran pertama aku biarkannya....... Bila nak labuhkan punggung kelihatan seseorang mengeluarkan sesuatu dari karung guni gula.......... alamak jaring....ikan........ Nelayan pantai ni menjaring ikan.....direntangnya di hadapan muka laut tempat aku memancing....... aduhai .......perasan marah membara di muka kelihatan merah.......darah berdesup naik kekepala....... bengang akuuuu........ dalam keadaan begini aku mendiamkan diri seketika ..... tak perlu aku nak marah rezki Allah Taala yang memberinya........

No comments: