BIG GAME

Wednesday, April 11, 2012

Rod Buluh 3 ( Pasir Panjang K. Nelayan

Kembali dari Kelong Umbai....di Anjung Batu....... rakan-rakan... berbisik-bisik sesuatu...... kedengaran seperti mahu turun memancing....... dimana?

Jawapan bisikan dahulu terjawab jua..... bila 11 April 2012 .... iaitu semalam....... Rakan-rakan atau team mancing yang akrib....... mahu ke Kelong Nelayan di Pasir Panjang..... Pada mulanya janji mereka.... memancing malam Rabunya tetapi ada beberapa rakan yang kurang senang memancing di waktu malam...... tambahan keadaaan cuaca malam tak menentu...... hasrat itu ditukar ke waktu siangnya..... Fadil, azizi, jambri dan aku .... dalam sebuah kereta G.Lavena milik fadil...... ke restoran 24jam di Rantau........ mengalas perut ah lebih tepat lagi ...... sarapan pagi..

Sepanjang jalan kami disirami air hujan...... yang telah mulai reda..... Rantau ke Linggi dan terus ke Pengkalan Kempas akhirnya sampai di Pekan Pasir Panjang..... Kami menunggu rakan-rakan lain 2 orang dari Seremban dan  1 orang dari Rembau........

Perjalanan dengan bot tak lama hanya kurang lebih 6-9 minit...... Ombak pada pukul 10 pagi agak besar.... gelora laut pun buleh tahan bagi mereka yang baru....... tapi yang cemasnya 9 orang dalam satu bot.... aku dah pun bersedia dengan jeket keselamatan....walaupun murah....tapi faedahnya besar.....

Hasrat aku untuk menaikkan ikan besar dengan menggunakan rod yang baru aku beli tak kesampaian....... sentapan ikan kurang .... Ikan pertama naik dari group kali ini....ialah ikan buntal......... tahniah Fadil.......... dan Sirat oleh Jambri. Rakan baru dari Seremban menaikkan sembilang laut seberat kurang lebih 700 gm...dan aku masih lagi tertunggu-tunggu sentapan........... yang dihajati.........hampa......

Solat Asar...... di kelong suatu pengalaman......... wuduk air laut pun satu pengalaman....... bersunyian di kelong pun satu pengalaman.......... tu sebabnya ramai dikalangan rakan aku mencing di kelong....... suasana yang tenang dan latihan kesabaran yang tinggi........... aku rasai kini..... Opss...... kembali lepas solat Asar kami mendapat berita.... Acheh di gegarkan dengan gempabumi........ dan tsunami dijangkakan akan berlaku...... malah Penang, Hingga Ke Putrajaya merasakan gegarannya ...agak kuat...... Wah ni yang cemas ni........

Akhirnya aku naikkan seekor ikan duri yang beratnya kurang lebih 400 gm...... cukuplah setakat ini...... walaupun rod murah 8 kaki big fish jenisnya.........namun ikan yang naik small fish..... tak apalah Rezeki Allah yang menentukan.......... syukur

No comments: