BIG GAME

Monday, March 9, 2009

MAULIDURASULL

12 Rabiulawal 1430.
Tok pergi menghadiri majlis sambutan tersebut di sebuah surau yang biasa tok pergi. Tok kagum dengan masyarakat kat situ yang mengendalikan majlis tersebut. Tok lihat golongan tua, pertengahan dan muda saling bantu membantu mengendalikan majlis. Terfikir tok sejenak....apakah ini amalan gotong-royong diwarisi masih dikekalkan? Apakah permuafakat ini lahir setakat majlis ini berlangsung? atau apakah ini didorong oleh wang ringgit? Berpusing-pusing tok fikirkan.
Dalam kehidupan sehari masa kini kita lihat sesuatu majlis seperti kenduri begini selalunya upah cara yang paling senang dan mudah. Wang ringgit akan mengalir...yang mengambil upah senyum dapat habuan, yang mengupah berasa puas kerana majlis lancar.Cantik, teratur dan beres. Kekuatan tok berfikir adalah kerana zaman tok lalui banyak telah berubah..Konsep bermuafakat, bergotong-royong, bantu-membantu dan hormat menghormati mula terhakis..
Sopan-santun budaya Melayu memang cukup terkenal. Adab, tatacara dan akhlak cukup terpelihara. Maka kini kemanakah itu semuanya menghilang? Adakah kita membawa jasad ke alam arus perdana perubahan teknologi dalam kehidupan dan meninggalkan budaya murni itu? Nak salahkan siapa?
Sistem bermasyarakat seprti Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Adat, Dato' Lembaga, Tok Sidang dan buapak sememang ada tetapi bagaimana keberkesanannya dalam sistem masyarakat tersebut. Kita mengetahui bahawa sistem adat dicipta bagi memudahkan anak buah menjalankan sesuatu majlis dalam sesuatu kelompok masyarakat. Kita lihat kenduri kahwin umpamanya di era 40' 50' dan 60'an dahulu, ketua-ketua berkenaan akan mengatur hari-hari majlis tersebut walaupun beberapa keluarga ingin mengadakan kenduri yang sama...tidaklah bertindan tarikh majlis sebagaimana sekarang, dalam sehari sampai 2-4 majlis kenduri yang sama dalam sekampung berketua adat yang sama. Macamana ini boleh berlaku?
Tegak rumah kerana tiang, tegak tiang kerana sendi. Jadinya sendilah yang memainkan peranan utama menentukan kekuatan rumah. Kalaulah rata-rata anak buah menolak sistem beradat dalam masyarakat cacamarbalah masyuarakat tersebut. Tertanamlah satu sikap individualistik tak kisah hal orang. Dia orang dia orang punya hal, kita, kita punya hal....

sambuung.....

No comments: