BIG GAME

Saturday, April 18, 2009

JETI KAMPUNG BANTAL

Kampung Bantal merupakan kampung pusat gugusan Ulu Tembeling.. terletak di muara Sungai Gusai dengan Sungai Tembeling.

Istana hinggap Sultan Pahang, padang dan rumah rehat terdapat di sini. Jeti ini berhadapan dengan padang istana hinggap, kami akan berlabu di sini ke Kampung Bantal sekiranya menggunakan perahu.

Semua staf yang di gambar adalah tenaga pengajar dari SK Bkt Mat Daling, En. Wan Hamidon Wan Ahamad, Den, Jalalluddin Buang dan Ibrahim Yahya.

Perjalanan ke sini mengambil masa 45 minit kalau air surut atau 20-30 minit sekiranya air besar. Itu keadaan yang kami hadapi, suasana yang cukup tenang dalam ertikata damai yang tenteram kerana tiada pembangunan yang di hadapi di gugusan Ulu Tembeling semasa itu.

Kunjungan kami masa ini untuk menziarahi kawan-kawan yang beru tiba di kuala ( Kuala Tembeling) kami sentiada menanti berita dari luar sana naklumlah jauh pendalaman semenanjung. Wakil pos berlokasi di sini. Sebut saja Wan Jamal semua orang kenal dengan dia khususnya cikgu... dialah yang membawa perkhabaran dari sanak-saudara dan yang istimewa surat-surat dari kekasih...

Kebetulan pula pekan sehari sememangnya wujud. maklumlah itulah harinya semua penduduk kampung berkumpul dan menjual barangan mereka. Kami ni cikgu-cikgu nak beli apa? kalau ada pun barangan nak makan aje... sayur paku tak payah kutip je tepi sungai... yang payahnya ikan laut leleh air liur kalau dapat ikan laut kat sini.....Masa nilah juga kita semua dapat lepak menge teh....

Bermalam di rumah guru Kampung Bantal, menu utama selalunya ikan kurung sayur paku, kalau dah mekan beramai-ramai tak sedar ikan tu terkurung...sedap je rasanya macam ikan laut...Bila dah selesai solat Isyak...nak buat apa lagi kalau tak main karem, jerami, main race,, nak tambah sedap lagi kecik mata 10 sen, sampai 15 dan kandang baru 20 sen... sampai pagi tuuuu.

Pagi kami yang tak malu tu gi sungai mandi kat sana....permainan takraw, badminton dan yang senang-senangnya berlangsung sebelah pagi lepas makan tengahari kami berlepas balik ke destinasi masing-masing... itulah rutin kami selamat 2 - 3 tahun....yang 3 tahun akulahhhh.

1 comment:

are-u@hannah said...

jeti 2 dah tak dee lee nee jeti konkrit,,,, tapi jalan tah bila nak nampak,,,, balak dah abis di tibai oleh penyenagak2 yang mengayakan mereka . org ulu tembeling yang tak nak sekolah sama ajee dengan zaman awak dulu... apa laa nak jadi orng kampung aku.... nak kata tak cerdik ,,,CERDIK nak kata bodoh CERDIK ,,,, tah bila nak berubah