Setelah sekian lama gambar ini tidak pernah disiarkan, ianya tersimpan dalam albumku yang tersangat aku sayangi. Gambar staf tahun 1981 setelah 3 tahun aku menjadi guru yang terlatih. Aku di tugaskan di kawasan pendalaman, guru-guru pelatih semasa di maktab perguruan menjadi igauan untuk ditempatkan di sini namun bagi aku yang nakal telah terpilih. Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang menanti aku.
Mulanya aku hampir pengsan, tetapi bisikan hati nuraniku kuat mengatakan bahawa di sana ada sesuatu yang cukup istimewa......
Inilah nama-nama yang masih aku ingat lagi iaitu dari kiri ke kanan 1. Den 2. Jalaluddin Buang 3. Wan Hamidon Wan Ahamad 4. GB dah lupa namanya 5. Hamidon Bakar dan 6. Ustaz Kudus Sulaiman. Inilah tenaga yang menggerakan 120 orang murid sekolah berkenaan.

No comments:
Post a Comment