BIG GAME

Monday, June 8, 2009

CABARAN PERJALANAN (Bab 1 sambungan..III.)

Fikiran melayang…….
Biji mata mula layu……
Bisikan angin sepoi bahasa mengalunkan kata-kata romantik…..
Bunyi enjin sangkut …..mula enak di dengar……
Dalam adunan alunan tersebut aku terlena…..
Angin sejuk suasana alam semulajadi menambahkan keselesaan melelapkan mata……
Perjalanan yang mula memenatkan ini membuatkan aku tidak menghiraukan tempat duduk….mata terus melelap…..

Selepas perahu kajang 50 kaki ini melepasi lata di Kampung Pagi…..airnya tenang tidak sekuat di lata-lata yang baru sebentar tadi kami tempuhi…….Semua penumpang di dalam perahu melelapkan mata….yang berjaga ialah boatman yang menjadi nadi utama perjalanan kami, manakala penunjuk haluan mengambil peluang ini untuk merehatkan badan. Dia duduk tercokoh di haluan perahu kajang.

‘Abah dah ambil cuti, nak hantar kau ke Jerantut.’ Kata hikmat dari ayahanda aku yang tak pernah aku dengar sebelum ini. ‘Abah dah beli tiket keretapi, nanti kita naik dari Pekan Tampin. Di Gemas nanti kita kena tukar keretapi ke pantai timur.’ Ayahanda aku menyambung kata-katanya. Aku Cuma mampu berdiamkan diri.

Pertukaran keretapi di Gemas menyiksakan aku. Tilam bantal dan beg baju menyukarkan aku memindahkan kegerabak keretapi menghala ke pantai timur. Aku menjeling kepada ayahanda aku, beliau sama-sama turut bersusah payah mengendong barangan milik aku. Aku berasa gembira sekali kerana ayahanda aku menghantar aku sehingga ke Jerantut. Ayahanda aku mungkin tak sampai hati melepaskan aku berseorangan diri ke negeri orang. Aku sedaya upaya ingin berdikari, tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa aku..

Aku anak sulung dari enam beradik…
Aku ingin buktikan kemampuan aku membentuk kehidupan sendiri….namun hajat aku tidak kesampaian…mungkin ayahanda aku mahu melihat tempat pertama anaknya menjawat jawatan awam.

Keretapi bergerak macam orang malas lakunya. Dalam ayunan kekiri dan kekanan….aku sempat tidur….gelap membaluti mata aku dan aku terus hilang dalam buaian keretapi…..

Seawal pukul 7 pagi lagi kami telah menjejaki kaki di bumi Jerantut, Negeri Pahang yang kaya dengan kayu-kayan, daerah terletaknya taman negara yang terbentang luas. Hutan tropika yang tertua di dunia…. Bersusah-payah aku dan ayahanda aku memikul dan mengendong bekalan perantauan aku berjalan kaki sejauh 100 meter dari stesyen keretapi ke perhentian teksi pekan Jerantut. Jalan berlopak dan berair kami lalui, jalan yang dilalui lori balak untuk menghantar kayu balak kegerabak keretapi, memang tak selesa mata memandang suasana di stesyen keretapi ini.

Seampainya kami di perhentian teksi,kami meletakkan barangan perantauan aku disuatu sudut. Tercungap-cungap aku ketika itu… aku menenangkan diri dengan menarik nafas.. dalam-dalam. Dari jelingan ekor mata aku, aku nampak tiga ke empat orang si pemandu teksi memerhatikan kami.

Disinilah hati aku luntur kecewa mendengar kata-kata mereka.
‘Nak!.... kalau pak cik nak hantar kau ke SK Bkt Mat Daling tu…..7 hari 7 malam belum tentu kita boleh sampai.’
Mereka membalas pertanyaan aku.
Kata-kata itulah yang terpahat di kepala aku sehingga sekarang. 30 puluh tahun aku simpan kata-kata hikmat itu.

Aku membuka surat panggilan melaporkan diri……..”Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling, Jerantut, Pahang.”
Tidak ada perkataan Ulu Tembeling…. memanglah….ditaipkan begitu…. pegawai yang menghantar surat tersebut bijak…..tanpa menaipkan perkataan Ulu Tembeling…….kalau dinyatakan perkataan keramat itu sudah pasti ramai yang menolaknya. Dalam tak sedar aku dah dipernakalkan…..

No comments: