BIG GAME

Saturday, June 13, 2009

CABARAN PERJALANAN (Bab 1 sambungan..V.)

Penunjuk haluan perahu kajang mulai sibuk. Tugasnya amat besar selepas perahu kajang terkandas di beting pasir buat kali pertama sebelum ini. Galah senantiasa di tangannya. Dia tidak kesempatan hendak duduk merehatkan badan. Jari telunjuknya mulai aktif kanan dan kiri. Sesekali dia memanjangkan leher untuk memandang alor sungai. Alor-alor yang sentiasa berubah-ubah mengikut derasan air sungai Tembeling menghilir…Pasir di dasar sungai Tembeling akan turut berubah mengikut rentak tari air sungai. Pasir di dasar sungai lambat berubah sekiranya cuaca pasas. Paras air sungai cetek, alirannya longlai dan lemah, beting akan kelihatan di musim panas. Terik matahari mula memancarkan cahaya yang membakar kulit….Sedari tadi langit redup ….. seolah-olah bersimpati dengan aku, kini memancarkan sinarnya yang membakar kulit. Sinaran terik mencabar perjalanan aku….. sinaran yang mengukur kesabaran aku…..sinaran yang memaksa aku bertahan diri…..sinaran yang aku harus harungi sepanjang hilir mudik selagi aku bertugas di sini. Cabaran yang mesti aku harungi setiap kali memudiki Sungai Tembeling. Sungai yang muaranya bertemu kasih dengan Sungai Jelai. Pekan Kuala Tembeling tempat paduan kasih kedua-dua batang sungai ini.

Rakan-rakan sebelah aku cuma mampu mendiamkan diri…mungkin mereka mahu mengembalikan tenaga yang dicurahkan menolak perahu kajang…Sunyi sepi keadaan di dalam perahu kajang…rakan sebelah aku menyelah-nyelah helaian akhar utusan malaysia…helaian demi helaian…..Dia mendekatkan muka akhbar kepada penglihatan matanya…..Berita hangat agaknya…..

Aku tak mahu mambaca…..Aku nak lihat sepuas-puasnya pemandangan perjalanan ke tempat aku akan ditugaskan…Aku tahu ….. dan aku akan dapat melihat perjalanan ini selagi aku ditugaskan di sini.

Pasir bersih sesekali terhampar di kiri kanan di tebing sungai….Pokok-pokok hutan tropika menghias tebing-tebing seolah-olah mereka hidup sepakat menerima tentangan air sungai yang mengalir……adakalanya deras ketika hujan lebat di hulu dan air surut ketika musim kemarau…

Tambah menawan hati aku ….kelihatan pokok-pokok yang mengeluarkan bunga….pelbagai warna…asyik aku melihatnya…..Kejadian Tuhan pencipta alam.

Hijauan pokok yang menyelimuti bumi Jerantut di kejutkan dengan bumbung rumah…. Atap zink…..sebuah…..lepas tu banyak atap zink yang menyusuni perkampung di tepi sungai Tembeling…..

‘ Kampung!!....’ bisik hati kecil aku. Sudah jauh memudiki sungai dari perkampungan Kg Pagi…baru kelihatan sebuah lagi perkampungan penduduk di pesisir sungai Tembeling……Begitu jauh dipisahkan oleh hutan tropika dari Kg Pagi…sudah tentulah sungai menjadi laluan utama….mana ada jalan?… mustahil ada jalan berturap tar…..jalan laluan balak…tak terfikir oleh aku.

Kami sekali lagi keluar dari perahu kajang…..tersangkut di beting pasir…..alor laluan terpisah dengan alor yang lain…aku meloncat turun…kali ini aku tidak dimarahi oleh boatman… terkandas perahu kajang kali ini di atas pasir.. tidak merbahayakan….Menyirap darah aku ketika aku menjejaki air sungai…..kaki aku terjerumas masuk ke dalam pasir …..dari betis ke bawah…. Ah…apahal ni….macam inikah kembara memudiki sungai….pasir-pasir sungai yang baru dihanyutkan arus akan menjadi beting. Beting yang masih di paras bawah air tidak mampat. Satu pengalaman baru aku kumpulankan… rakan-rakan yang lain menolak perahu kajang…Sambil aku menolak, aku menoleh ke kiri…..melihat perkampungan di sini….. ‘Kampung Sat…’ kata rakan aku ringkas sahaja….

Perahu kajang meneruskan perjalanan mudik kehulu…meninggalkan Kampung Sat yang aku tidak ketahui. Di kiri perjalanan aku kelihatan beberapa orang sedang berakit…menghilir. Tidaklah aku ketahu kemana tujuan mereka..Aku mengamat-amati rakit yang mereka naiki…Ah…itu bukannya buluh. Buluh yang banyak kedapatan di sini boleh dibuat rakit…sedangkan mereka mahu menghilir dengan rakit…sudah tentu lambat sampai ketujuan masing-masing. Bahan yang dibuat rakit kelihatan sedikit sahaja di permukaan air…Apa itu…..

Cuba aku tanyakan kepada rakan di sebelah…..

No comments: