Aku membawa turun barangan milik sendiri ke kaki lima hotel Jerantut....hotel yang aku tafsirkan sebagai hotel yang berbintang-bintang...hotel yang berlokasi di bandar mundur ketika itu....Jalan-jalan yang berdebu dilalui oleh kenderaan tahun-tahun akhir 70'an.
Guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah dalam gugusan Ulu Tembeling memang cukup kenal dan rapat dengan hawa persekitaran bandar Jerantut. Mereka begitu sibuk mengumpulkan barang di kaki lima hotel. Aku pun turut serta bersama mereka. Apa yang mereka lakukan aku akan lakukan. Masing-masing tidak begitu nak bercakap dengan aku. Terlintas dibenak fikiran aku 'apakah aku ni orang baru yang harus melalui proses suaikenal? apakah begini caranya mereka menjalankan hari suaikenal? ah....turut sajalah kelakuan mereka ....bisik hati kecil ku.'
Beberapa kereta sewa ( kereta sapu) sudah mula menyusunkan dirinya di hadapan kami. Mereka memerhatikan gelagat kami yang masih melonggokan barangan milik sendiri....'Kuala Tembeling.....Kuala Tembeling.' teriak mereka...
Aku yang terpinga2.....tidak ketahuan cara gaya guru-guru di sini, aku cuma mengikut saja...4 orang satu teksi sapu. Aku membawa diriku memasukan baranganku ke bonet kereta. Teksi bergerak melalui perkampung masyarakat cina di Kg Sg Jan.....berlalu ke Kg Teh....Sayup mata aku memandangkan perjalanan yang berbukit....Duduk aku tidak selesa disebabkan jalan yang tidak berturap.....selekoh-selekoh yang bahaya.....Kerisauan aku terjawab apabila kami sampai di bandar kecil Kuala Tembaling. bandar yang tidak terurus, kotor dan tidak tersusun terbentang di mata aku....
Kami berhenti dihadapan Kedai En Murad. satu-satu kedai yang paling sibuk bila musim cuti persekolah berakhir. Aku membawa barangan milik menuruni anak tangga hingga ke jeti. Aduhhh.....hai penatnya menuruni lebih dari 60 mata tangga untuk sampai ke perahu kajang yang berlabuh di jeti... perahu-perahu bersusun antara satu sama yang lain....
'Kamu tidak membeli keperluan untuk hari ini?' berkata seorang guru yang tidak aku ketahui di manakah dia mengajar....'Beliiii......' pendek saja jawaban aku.....Seluar pendek sehelai, baju t-shirt sehelai.......nasi bungkus denga air kotak. Ini bekalan yang mereka suruh aku beli... Apa perlunya benda-benda ini semuanya.....tanya hatiku.....
Pekerja-pekerja kedai cukup sibuk memunggahkan barang keperluan hari dari kedai ke perahu. Ketika aku duduk keletihan di tepi jeti melihat perilaku mereka pagi itu....'Ni cikgu baru ke?' tiba-tiba aku diajukan soalan oleh seorang yang masih asing buat aku. 'Ia.' ringkas jawapanku. 'Dari mana? sekolah mana?' dan berbagai-bagai soalan yang aku jawab dengan muka manis dan ceria.....takut kalau masam-masam muka aku pulak.....dikatakan aku ni sombong orangnya.....
Barang-barang RMT (Rancangan Makanan Tambahan) di susun di tengah perahu. manakala barang bilik sendiri di sebelah hadapannya. Semuanya telah siap di masukan ke dalam perahu barulah enjin sangkut dihidupkan...'Evinrude' 40 kuasa kuda yang akan menungkah arus sungai Tembeling membawa kami ke destinasi yang kami bertugas. Hati aku cemas bercampur seribu persoalan.....Bolehkah perahu kajang sepanjang 50 kaki ini memudiki jeram? Bolehkah perahu ni yang paras air sungai Tembeling hanya sejengkal memasuki perahu kami boleh sampai hari ini? Dimanakah Bukit Mat Daling? Berapa lama perjalanan ini?
Jeram pertama aku tempuhi adalah jeram Pai....jeram yang menyaksikan peristiwa Mat Kilau bertempur dengan penjajah british......cerita ni dah ada dalam buku sejarah....tak payah aku ceritakan di sini......Matahari mengambarkan waktu sudah mendekati pukul 11 pagi....perahu kajang meluncur laju melawan arus sungai Tembeling......menyusuri di tepi kiri sungai dan ada waktunya di sebelah kanan.......Perjalanan cukup selesa dengan keredupan laluan kami oleh pokok besar yang tumbuh di pesisiran sungai... sesekali terlihat aku kampung-kampung tradisional.....Waktu-waktu begini aku dapat melihat kaum-kaum wanita membasuh di jeti-jeti kampung mereka.....Aduhai.....ada yang berkemban saja.....sensasi jugak mereka tuuuu.....kanak-kanak paling seronok mandi sungai.....aku tumpang seronok...lihat mereka compogho bertelanjang bulat...dengan keriangan alam kanak-kanak....mereka berkejaran....berenang-renang....simbah menyimbah air.....tertunggeng-tunggeng menyelam-timbul....kok ada perahu lalu mereka pun menyelam lepas timbul balik..berkilau kulit mereka dipanahi cahaya matahari pagii..
Sempat juga aku mengelamun mengenangkan kata-kata pemandu teksi sewaktu aku baru menjejaki kaki di bumi Jerantut semalam.....'Kalau saya dan teksi ni nak hantar saudara ke Kg Bukit Mat Daling!!!!.....kira-kira tujuh hari tujuh malam......belum tentu boleh sampai!' kata-kata itu lah yang masih berligar-ligar dalam fikiranku.....Baau...baau air menyimbahi dinding perahu......ah...perahu berselisih.....perahu membawa pelancung....tentu ringan dan laju meluncur.....
Kami berhenti makan tengahari selepas melintas Jeti Taman Negara Resort....perahu kami ditambat tepi sungai .....maka kami pun membuka bekal makan nasi bungkus......terjawablah soalan aku tadi......selesai makan tengahari.....dan masih lagi dilokasi sama.......aku lihat seorang demi sorang cikgu masuk ke dalam semak sekitar tempat makan.....'Kamu tak masuk ke sana ke?' tanya penunjuk haluan..... Nak buat apa dalam semak tuuu bisik hati aku.........
No comments:
Post a Comment