Ah…..malu rasanya aku ….betis berbulu…….fikir-fikirkan ….tak apalah sebab masih muda ……tengah ranggi…..dan sportmen waktu itu……umur masih muda…..21 tahun…..baru masuk alam dewasa…….boleh membuat keputusan sendiri apabila mencapai umur demikian…..
Perahu Kajang mula menongkah arus sunga Tembeling menghala ke hulu sungai……enjin bot evinrude 40 kuasa kuda dengan gagahnya menerjah air sungai keramat ini dengan lancar…….ada 7 lata yang mesti kita hadapi di hadapan….. silap-silap di lata panjang perahu akan karam……..kata-kata itu membuat aku mula risau…cemas….dan sedikit takut…..Aku mula memikir-mikirkan bahagian perahu kajang yang mana akan menjadi penyelamat aku kalau sekiranya berlaku perahu karam…..
Ring…..ringgg…..ringgggg……..tus………tiba-tiba pin penyelak kipas perahu kajang patah dan perahu mula berhenti…….cikgu…cikgu ….dan penumpang lain meloncat keluar sebelah kiri perahu…..Aku yang sedari tadi duduk sebelah kanan…….mula mahu melompat keluar………Oiiii nak mampus kau…..suara kuat menerjah masuk ketelinga aku……mereka melarang penumpang keluar sebelah kanan…….Baru aku sedar ….sebelah kanan terdedah kepada laluan air lata yang deras….manakala sebelah kiri perahu kajang yang menghampiri tebing berbatu…..
Aduhhh……aduh…..sikit….sakitnya……aku menahan kesakitan……kaki aku menjejaki batu-batu besar kecil dalam air……..sedangkan kedua tangan aku menahan perahu kajang dari hanyut…..bukan aku seorang yang menahan….malah hampir semua kaum adam berbuat hal yang sama………Kami semua bekerja sama menolak perahu kajang mudik ke hulu …..ke lokasi lepas lata…..airnya tenang sebelah atas lata….pemandu perahu kajang menongkat enjin evinrude 40 kuasa kuda untuk menukar pin penyelak kipas …..
Satu demi satu lata dilepasi oleh perahu kajang yang membawa kami…..begitu gagahnya enjin evinrude 40 kuasa kuda untuk menujah arus dengan sarat menampung barangan milik cikgu, barangan milik sekolah (RMT) dan orang kampung yang menumpang perahu kajang…..yang dibayar khas setiap awal dan akhir waktu cuti persekolahan……. Penunjuk haluan yang cekap mengalihkan hala tuju perahu di sudut-sudut sukar bila melalui lata yang berselekoh….hebat juga sebatang kayu yang dalam genggaman si penunjuk haluan….kayu ini yang menjadi alat pengubah hala perahu……
Setiap cikgu yang memulakan kerjaya sebagai guru yang ditempatkan ke sekolah-sekolah dalam gugusan Ulu Tembeling akan merasai ‘mandi selamat datang.’ Inilah mandi yang menjadi resam ‘Salam pengenalan’ dikalangan guru Ulu Tembeling. ........sam......
No comments:
Post a Comment