BIG GAME

Wednesday, June 3, 2009

KEKUATAN TENAGA SK BKT MAT DALING

7 Jejaka kacak, dua orang dah berpunya dan lain masih single...orang kuat menggerakkan ilmu di Sekolah Kebangsaan Bukit Mat Daling yang mempunyai 120 orang murid. Kampung2 berdekatan dari Cheneh di hilir sungai sampai ke kampung Pulau Besar di sebelah ulu.....

Macam mana hulu pun.....sekolah tetap sekolah berbangunan batu...itu lah kelebihan di Hulu Tembeling...tempat laluan Panglima Melayu melarikan diri dari petualang penjajah...Pahlawan seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Dato Bahaman yang diburu oleh petualang penjajah dikatakan mereka ini penderhaka.....cih....kalaulah aku ada pada masa tu....sudah pastinya aku pun turut sama lari dengan mereka.....sebab masa tu bangsa kita ada keris saja....tapi semangat kental anti penjajah begitu kuat dalam diri mereka.....apakah semangat jati bangsa dan diri sebagaimana pahlawan-pahlawan dahulu ada dalam jiwa anak bangsa kita?.......satu persoalan yang subjektif untuk aku menjawabnya.....

Kami inilah yang menggadaikan kesenangan hidup di bandar dan desa...untuk mendidik anak-anak di pendalaman.....Kami cuba lupakan sementara...panggong wayang, gedong super market, taman-taman rekreasi, cintan-cintann dan jiwa kota.

7 pengajar, yang satu tu pegang kamera untuk menyepikan diri di tengah lautan kayu-kayan hutan belantara demi bangsa......bangsaku. Kami tidak lah kesunyian dan berasa kekok di perantauan kerana Cikgu Wan Hamidon bin Wan Ahamad ( hisap paip ) adalah anak jati Kampung Bukit Mat Daling......Dia lah pengubat rindu kami....Dia lah penguat semangat kami dan dia lah yang menjadi pelindung kami....Wan Manan bin Wan Akil adik kepada Wan Ahamad pemegang amanah tadbir kampung (Tok Empat=Ketua Kampung).

Wahai Cikgu Suhaimi Mohd Nor,,,,Wahai Ustaz Kudus Sulaiman,,,Wahai Cikgu Hamidon Abu Bakar,,,,Wahai Cikgu Jalalludin Buang,,,,Wahai Cikgu Mahali Marwan dan Wahai cikgu Norizan Nordin.......Sanggupkah kamu menyusuri liku-liku kepahitan hidup bersama penduduk dan ditempatkan semula sejarah permulaan kerjaya kamu sebagai pendidik???

Sanggup....sanggup...sanggupppp manakan tidak kerana waktu dahulu kami mengambil masa selama 8-9 jam di dalam perahu kajang mudik ke kampung ini, sengal bingal punggung kami sedangkan sekarang sudah ada lalu pacuan empat roda.....Sanggup kerana dahulu kami bertemankan pelita minyak tanah sedangkan sekarang sudah ada elektrik tenaga solar.....Sanggup kerana dahulunya kami tidak dapat menonton televesyen sedangkan sekarang perkara itu sudah menjadi biasa di sana.....sanggup.....sanggup.....sanggup kerana dahulu kami di tempatkan di sini dengan semangat kental bangsaku sedang kini sudah menjadi roh bangsaku.....

hai....sejuk betul malam niiii....dah lah tuuu aku nak balik.....ke rumah.....nanti aku ceritakan lagi.........

1 comment:

Unknown said...

alhamdulillah..kerana cikgu2 yang bersemangat seperti lahirlah murid-murid anak kampung yang kental dan berjaya.